Get Started!

Sunday, September 20, 2009

Raya...????

Raya....

"Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan, dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam, ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi
Suasana hari raya, walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan, dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih, beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang, sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol, jangan lupakan peninggalan nenek zaman-berzaman
Asyik bersembang, pak cik dan mak cik
Aduh, duit raya lupa nak diberi!"


Namun, pada hakikatnya, keindahan raya yang diingini tidaklah seindah suasana hari raya yang diidamkan. Dendangan lagu Anuar Zain dan Elina (kakak Elliza AF3) ini seakan-akan amat indah, tidak dapat dirasakan bagaimana pengalama berada dalam keadaan sedemikian. Pernah juga seorang sahabat menyapa diri saya "Waktu muda-muda ini, lebih baik ko enjoy dulu, time main, main betul2, jangan terlalu bersikap matang, nanti bila ko dah rasa kehilangan, barulah ko rasa terkilan". Mungkin ada benarnya apa yang telah dikatakan oleh sahabat ini, kerana pada hari raya tahun ini, memang terasa kelam dan suram rayanya. Mungkin kerana kita sudah dewasa, kita sudah tidak mahu lagi berkunjung ke rumah-rumah, mendapatkan duit raya, dan membandingkan siapa punyai duit raya yang paling banyak, kan?

Sungguhpun sedemikian, jika kita katakan suasana hari raya yang dialunkan lagunya oleh Anuar dan Elina ini, cukup mudah, datangnya Syawal, anak muda kembali ke kampung bersama-sama keluarga, ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan, dan segalanya memberi ketenangan. Tetapi, saya sendiri merasakan ada sesuatu yang kehilangan dalam sambutan hari raya ini, entah kenapa hujahnya.

"Satu hari di hari raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa Yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di hari raya
ku dengar irama yang sungguh indah
Cuba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada Yang Esa

Satu hari di hari raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda kucinta
KepadaNya

Satu hari di hari raya
Kulihat wajah suci ibuku
Kulihat wajah kasih ayahku
Kugembira.....
Mungkin inilah dia kebahagiaan"


Lagu M. Nasir ini juga cukup tepat mengertikan hari raya. Mungkin pada liriknya agak ringkas, namu unsur-unsur muzika akustik diadun bersama tiupan seruling serta keroncong cukup mengesankan perasaan raya itu sendiri. Terdapat bahagia di dalam lagu tersebut, namun pada hakikat realiti yang aku alami, perasaan itu memang sudah hilang dari sambutan raya. Entah kenapa, tapi memang tak dapat diungkapkan apa punca di sebaliknya.

Cuba kita dengar kembali apa sebenarnya nikmat raya yang digambarkan dalam lagu Anuar & Elina, Sanisah Huri, Ahmad Jais, DJ Dave, Aman Shah, Hail Amer & Uji Rashid, sehingga penyanyi moden yang berjaya "menembusi" suasana raya sendiri, M. Nasir, Sudirman dan Mamat Exist.

Hanya satu yang bermain dalam fikiran saya : Kenapa suasana itu semakin hilang? Siapa yang silap?