Get Started!

Monday, June 22, 2009

Cinta??? Benarkah Ada?

Cinta.....

Ada orang kata cinta itu sesuatu yang indah. Memang byk yg telah digembar-gemburkan dlm drama, filem, mahupun dalam medium yang pelbagai. Ramai juga yang mengagung-agungkan cinta, memuja-muja cinta bagai dewa, dan sudah tentu lebih ramai yang mengatakan bahawa cinta itu lebih mulia drpd semua perkara.

Tetapi, benarkah apa yang diperkatakan ini? Ada yang mempercayainya, namun ada juga yang menafikannya. Golongan yang menerima, menyatakan bahawa cinta itu mulia kerana cinta yang ikhlas itu dapat menewaskan anasir-anasir luar yang memudaratkan, malah boleh memusnahkan. Ada juga yang menyatakan cinta yang kukuh dan abadi itu dapat menghadapi walau apa dugaan yang menimpa. Namun begitu, golongan yang menolak cinta abadi ini berpendapat bahawa cinta itu hanyalah satu dongengan semata-mata. Mereka berfikiran bahawa cinta itu sebenarnya hanya menyeksa diri mereka, kerana cinta sahaja belum mencukupi untuk menghadapi cabaran yang menimpa. Lihatlah, hidup manusia zaman sekarang, jika hanya bersandarkan cinta sahaja, tanpa harta misalnya, menyebabkan cinta itu goyah dan seterusnya menyebabkan porak peranda rumahtangga. Hidup yang sebelum ini diikat dengan kata-kata manis cinta, kini menjadi caci-cacian nista yang menyakitkan hati dan jiwa.

Secara peribadi, saya sememangnya tidak mempercayai cinta seperti ini. Bagi penulis ini, cinta seperti ini sebenarnya tidak wujud sama sekali. Kenapa saya berkata begini? Kerana saya berfikir bahawa cinta seperti itu sebenarnya hanya kata-kata dan janji-janji palsu yang bertujuan untuk memmuaskan hati masing-masing ketika sedang dibuai kemaruk percintaan yang mengasyikkan. Adakah mereka sedar, bahawa sebenarnya mereka ini hanya saya ibaratkan sebagai nakhoda dan anak kapal yang sedang asyik melayan hati dan jiwa masing-masing sehingga tidak menyedari bahawa kapal yang dinaiki sebenarnya menunggu detik untuk karam sahaja. Setelah menyedari bahawa kapal yang dinaiki itu hampir karam, sudah terhantuk, baru nak terngadah. namun, pada masa itu, segalanya sudah terlewat untuk diperbetulkan segala kesilapan yang terjadi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi. Seperti habis madu sepah dibuang, seperti kacang lupakan kulit, seperti melepaskan anjing yang tersepit, begitulah pendapat saya terhadap cinta. Jodoh itu sudah ditakdirkan, namun dengan mencari teman wanita mahupun teman lelaki, itu bukan caranya, bukan?


[p/s: Penulis ini sebenarnya sudah berkali-kali putus cinta, ditolak lamaran oleh perempuan, mahupun disindir kerana tidak menyedari bahawa dirinya ditinggalkan. Dan pada hari ini, peristiwa itu berulang lagi. Kali ini dengan sindiran tajam lagi melukakan hati ini. Memang sudah banyak kali penulis ini menitiskan air mata, menekup muka dengan bantal sehingga bantal itu basah lencun, mahupun meminggirkan diri dengan menyorok di dalam tandas, menangisi peristiwa-peristiwa menyedihkan. Malah, ada juga penulis melepaskan rasa sedihnya dengan mendengar lagu-lagu bernada melankolik dan menjerit jauh ke dalam hutan untuk melepaskan tekanannya. Dan pada saat itu juga penulis merasakan bahawa cinta sejati sebenarnya TIDAK wujud dalam dunia ini. BOHONG! Itulah apa yang penulis ingin laungkan kepada semua penulis skrip drama, filem mahupun pasangan kekasih yang sedang memadu cinta bagai madu yang baru diekstrak dari sarangnya. Mungkin inilah kali terakhirnya saya melakukan perkara yang tak sepatutnya dilakukan ini. Zaman ini, memang tiada perhubungan yang berlandaskan cinta semata-mata. Penjelasan? Kerana jika hari ini pasangan tersebut hanya ada cinta, adakah cinta itu boleh memberi rezeki kepada anak-anaknya? Adakah boleh memberi rezeki kepada isterinya? Tentu sekali tidak, bukan? Penulis ini mencari teman wanita kerana mahukan seseorang wanita tu memahami perasaan dan jiwa ini, itulah sebenarnya apa yang terbuku di hati. Setidak-tidaknya, penulis ini tidaklah senantiasa berpura-pura gembira di hadapan rakannya, ataupun berperasaan dingin atau bermuram durga. Hanya itu sahaja tujuannya, mahukan orang yang benar-benar dipercayai untuk mengubat hati ini. Namun kini, penulis merasakan insan seperti itu sememangnya tidak wujud di mata penulis...... Kesimpulannya, cukuplah ini kali terakhirnya penulis meluahkan perasaannya. Mungkin, jodoh penulis akan ditentukan oleh pilihan ibu bapanya, siapa tahu?]

5 comments:

Anonymous said...

it seems that u already got d answer, r8? hmmm..ptt la post ni cam mghadapi jiwa kaco jek.. jgn beranggapan begi2 terhdp cinta..cinta itu sebenarnya suci..namun mungkin cara org mencari cinta itu salah maka ianya tidak diredhai olehNYA.. Sesungguhnya cinta itu adlh anugerah yg x ternilai drpNYA..

アマイラル Elric said...

eh?
dah bleh comment ke?
member2 blog aq sume ckp x leh post comment
mmg pelik gak ni...

jiwa kacau ke aq ni??
rasanya x lah sgt kowt, sum1 has comforting me down, but it won't heal...
evry single broke-up i had in my life, ac2lly i haven't recovered at all...
can be reduced, but i'll remember that 4eva', just as reminder 4 all that happened...

but now 4 sure, the last line, i really mean it, even 4 years long...

Nailofarhazirah said...

Tajuk:Cinta Terakhir
Artis:Aiman
Lirik:Hafiz Hamidun

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan…

EReeN_pOWeR! said...

Erm... Agk kejam utk kamu mgatakan sbgitu... Kecewa itu guru.. Ia adlh guru yg hendak mgajarkan erti sabar.. Frust dlm bercinta itu adlh satu ujian.. Dan juga pelajaran buat kita.. Kita perlu faham pelajaran yg dibawa bersamanya.. Jika difahami, pelajaran2 ini akan memberi panduan dan mnjd suluhan utk mnjalani hidup dgan lebih tng dan bhgia di masa akn dtg.. Ttapi, skiranya kita gagal memahami pelajaran ini, hidup kita akn huru-hara dan kita akan slalu mghadapi keadaan x menentu.. Kmgkinan besar kita akan frust berkali2.. So, BELAJAR dari KESILAPAN...
Kdg2.. Kita x sedar.. Frust cinta tue hakikatnya utk myambungkan cinta kepada-NYA yg Maha Esa... Ketika itulah org yg frust cinta akan benar2 terasa dia terpilih.. Bukan tersisih.. Jd, igtlah cinta-NYA lbih agung..

Hurm.. Aku sekadar nsht jer.. Aku petik ayat2 ney pun dr buku2 motivasi yg aku baca.. Pape pun, jgn tgok pada org yg memberi nasihat.. dgar pd nshtnya.. huhu..

アマイラル Elric said...

anis : ak x sedar ble plak ko post comment kt blog ni..
dah nk dekat 3 bln daa...

ereen : kisah2 cm ni mmg menarik mnt ko kn??

everybody : thx 4 da comment...