Get Started!

Friday, February 27, 2009

Nak Buat Macam Mana....

Hmmm...

Penulis mmg suka mulakan bicara dgn perkataan ini...
entah kenapa sebabnya, e2 kurang pasti, tp penulis mmg suka dgn perkataan ini...

Penulis ingin menyatakan satu perasaan yang amat sukar untuk diperkata.
Kenapa?

Sebab hal ini berkaitan dengan satu perangai atau kelakuan yang amat menyusahan, itulah apa yang dirasa. Namun begitu, di sini juga mungkin tempat yang sesuai untuk menjelaskan perkara ini.

Penulis sebenarnya seorang yang amat sensitif, apa sebabnya, itulah yang harus dicari. Buktinya, sememangnya bayak , tapi penulis akan hanya menulis apa yang terlintas di fikirannya sahaja.

Penulis ingin memberitahu kepada pelayan bahawa dirinya itu sebenarnya seorang yang sensitif, tetapi hakikatnya dirinya sedang cuba untuk menyembunyikan perasaan itu. Biarlah apa yang hendak orang lain katakan, macam perempuan ke, pondan ke, emo ke, terserah, tetapi perasaan itu sendiri sememangnya cuba penulis ubah, namun sehingga kini tidak berjaya, (mungkin ada kebaikan, mungkin juga ada keburukannya).

Oleh sebab itu, penulis sebenarnya berminat mengetahui kisah hidup orang lain, apa permasalahan mereka dan cuba untuk menyelesaikan masah menurut perspektif penulis sendiri. Sungguhpun begitu, penulis sebenarnya cuba untuk mempelajari sesuatu berdasarkan hasil perceritaan, perkisahan, serta permasalahan sesuatu perkara.

Cuma, ke"sensitif"an penulis itu sehingga ke tahap apabila seseorang yang rapat dengan penulis, tiba-tiba bersikap dingin, maka penulis merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Ada kalanya, perasaan sensitif itu bertukar menjadi prasangka yang buruk, dan bersifat hiperbola. Misalnya, apabila seseorang itu tiba2-tiba bersikap dingin, penulis akan mengandaikan bahawa ada kesalahan yang dilakukan oleh penulis terhadap seseorang yang terlibat, ataupun mungkin juga seseorang itu mberasa malu setelah apa yang telah dilakukan oleh penulis ketika penulis berada dalam keadaan tidak sedar atau separuh sedar. Tetapi, apa yang penulis lebih bimbangkan ialah penulis tidak mahu perkara2 seperti itu hanya disimpan di dalam hati, sebagai dendam yang tidak berkesudahah. Kerana, apabila perkara ini terjadi, bukan sahaja diri orang lain, malah penulis sendiri seakan mempunyai perasaan empati untuk merasai perasaan seseorang. Mungkin kerana sikap ini, penulis akan sentiasa dipermain oleh orang lain, atau akan ada seseorang mengambil kesempatan di atas kelemahan ini. Namun, penulis berharap dalam apa keadaan sekalipun, hubungan antara manusia (hablumminannas) akan terus terjalin dengan baik, tanpa ada sengketa dan duka malapetaka.

Penulis sebenarnya memang suka meluahkan segala masalahnya kepada orang yg dipercayai, tanpa seseorang itu menyedari, namun begitu, jika reaksi balas adalah negatif, hal itu sebenarnya lebih menyakitkan hati penulis, malah mungkin menyebabkan penulis boleh mengurung diri di dalam bilik tanpa makan dan minum! (Namun, tidak ada yang menghampiri tahap itu, hanya sekadar termenung memikirkan sesuatu yang boleh memotivasikan dirinya sendiri).

Oleh sebab itu, penulis lebih suka memendam perasaan sendiri, cuba memulihkan hati dan perasaan dengan sendiri, tanpa ada bantuan, dan memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh penulis itu sendiri. memang penulis tidak meminta bantuan orang lain, tetapi penulis sememangnya mahukan perkara itu terjadi, cuma penulis tidak mengharapkan perkara itu terjadi, kerana bagi penulis, itu hanya angan-angan Mat Jenin sahaja (dan penulis sekali lagi menekankan, realitinya, memang perkara itu hampir tidak akan terjadi pada dirinya).

[p/s: Mungkin juga penulis melakukan kesalahan2 yang masih belum dimaafkan, namun jika benar, penulis lebih suka jika seseorang itu berterus terang menyatak ketidakpuashatian mereka. Walaupun perkara itu pahit, harus ditelan juga, bukan? Penulis mungkin berharap ada seseorang memahaminya, walaupun penulis tidak menyatakan apa yang sebenarnya terpendam di hati.]

No comments: